Friday, August 16, 2013

Aziz Shamsuddin Nafi Terlibat Dalam Projek IC Sabah

KOTA KINABALU, 16 Ogos: Bekas setiausaha politik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin menafikan dakwaan bahawa beliau pernah terlibat dalam kegiatan pengeluaran kad pengenalan (IC) atau lebih dikenali sebagai ‘Projek IC’ kepada pendatang asing di Sabah.

Aziz Shamsuddin

Katanya beliau hanya mengetahui kewujudan ‘Projek IC’ melalui anaknya yang menonton berita di televisyen mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah di mana nama projek itu dibangkitkan.

“Anak saya beritahu saya yang nama saya dikaitkan dalam projek ini. Tetapi saya tidak menghiraukannya kerana saya tidak terlibat,” katanya ketika memberi keterangan kepada suruhanjaya itu di sini hari ini.

Katanya selama beliau berkhidmat sebagai setiausaha politik Dr Mahathir, beliau tidak pernah mendengar nama ‘Projek IC’ dan mustahil baginya untuk turut terlibat dalam projek itu.

Ketika ditanya pegawai pengendali Datuk Azmi Ariffin jika beliau tahu mengenai pemberian IC meragukan kepada pendatang asing, Abdul Aziz berkata beliau hanya mengetahui kegiatan itu wujud menerusi berita mengenai penahanan beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara.

Inkuiri di hadapan panel lima anggota suruhanjaya itu yang dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong bersambung 9 September. -bernama

Related Posts

Aziz Shamsuddin Nafi Terlibat Dalam Projek IC Sabah
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.