Saturday, May 26, 2018

'Please Help Malaysia!', Jom Bantu Bayar Hutang Negara

TERKESAN dengan jumlah hutang negara yang mencapai angka RM1 trilion, seorang rakyat Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan satu kutipan dana bagi membantu kerajaan.

Inisiatif kutipan dana awam "Please Help Malaysia!" itu diwujudkan sebagai usaha mendapatkan bantuan kewangan daripada orang ramai untuk sama-sama membantu menyelesaikan hutang tersebut.

Usaha yang dirintis aktivis Nik Shazarina Bakti, 27 tahun, walaupun secara tidak rasmi, berjaya menarik perhatian netizen yang turut prihatin dengan masalah negara ketika ini.

Setakat ini, kutipan dana yang dianjurkan di laman web gogetfunding.com ini berjaya mengumpul $3,633.00 (RM14, 463) daripada jumlah yang disasarkan sebanyak $100,000.00 (RM398,100) sehingga 31 Julai 2018.

Lebih menarik, wanita berkelulusan Sarjana Undang-Undang daripada University of London ini turut meletakkan potongan ayat yang mengimbau kembali kenangan manis tatkala rakyat Malaysia satu ketika dahulu bergolok bergadai bagi mengumpul dana membolehkan Tunku Abdul Rahman ke London bagi memperoleh kemerdekaan negara.

Nik Shazarina turut menjelaskan bahawa kesemua kutipan dana tersebut akan disalurkan secara terus kepada kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan.

Dalam pada itu, aktivis terkenal Marina Mahathir memuji tindakan Nik Shazarina dan menggesa orang ramai untuk sama-sama membantu inisiatif ini.

Friday, April 27, 2018

Fitrah Manusia Sentiasa Merasakan Dirinya Benar

Kadangkala kita merasakan diri ini benar, tapi belum tentu kebenaran benar-benar memihak kepada kita. Boleh jadi ia nampak seperti benar kerana mata kita sudah diwarnai oleh kaca mata pilihan sendiri.

Manusia Sentiasa Merasakan Dirinya Benar

Itulah sifat manusia, sentiasa berasa diri yang paling benar walaupun kebenaran itu masih samar. Sikap sebegini adalah fitrah manusia sebagaimana firman Allah SWT:

“(Jangan kamu jadi seperti orang Musyrikin), iaitu orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisih mengikut kecenderungan masing-masing dan mereka pula jadi berpuak-puak; setiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (fahaman dan amalan yang terpesong itu),” (al-Rum [30:32]).

Cukup ironi apabila para penyembah berhala di Mekah turut yakin mereka benar dan orang Islam sebenarnya yang sesat:

“Sesungguhnya orang yang derhaka, (dahulunya) selalu tertawakan orang yang beriman. Dan apabila orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya). Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira; Dan apabila mereka melihat orang yang beriman, mereka berkata: “sesungguhnya orang itu adalah golongan yang sesat!,” (Al-Mutaffifin [83:29-32]).

Bukan hanya mereka, Firaun yang menjuarai carta manusia paling zalim sepanjang sejarah manusia pun turut berasa dirinya benar dan Nabi Musa a.s. yang paling jahat. Perhatikan firman Allah ini:

“Dan Firaun berkata (kepada pengikutnya): “Biarkan aku bunuh Musa, dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya (meminta pertolongan)! Sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di muka bumi,” (Ghafir [40:26]).


PENYELESAIANNYA?


Oleh kerana semua pihak berasa dirinya benar, apa penyelesaiannya?

Pastinya neraca benar atau sesat ditimbang melalui hujah dan fakta. Pun begitu bagi manusia yang dangkal, hujah fakta mudah sahaja mereka sangkal, walaupun tanpa diketahui hujung pangkal.

Hujah fakta bukanlah makanan minda yang mampu mereka hadam. Akibatnya kedegilan dan kebodohan mereka sukar dipadamkan.

Antara alternatif mudah saranan al-Quran bagi menangani manusia malas berfikir adalah mendengar pandangan orang lain atau 'pendapat kedua'.

Pandangan kedua lebih berkesan jika yang meluahkan pandangan adalah golongan pakar lagi terpelajar.

Ketika Musyrikin Mekah menyimpan ‘otak dalam almari’ kerana risau terkena jangkitan kebenaran hujah Rasulullah SAW, Allah cadangkan agar mereka menerima pandangan kedua daripada golongan Ahli Kitab.

Mengapa Ahli Kitab? Tidak lain kerana mereka adalah pakar perihal kitab langit dan agama wahyu. Ahli Kitab juga sudah sekian lama dikagumi oleh orang Arab Mekah:

“(Al-Quran diturunkan) Supaya kamu tidak mengatakan: “Bahawa Kitab (agama) itu hanya diturunkan kepada dua golongan (Yahudi dan Nasrani) dahulu sebelum kami, dan sesungguhnya kami lalai (tidak faham) akan apa yang dibaca dan dipelajari oleh mereka. Atau supaya kamu (tidak) mengatakan: Sesungguhnya kalau diturunkan Kitab kepada kami tentulah kami mendapat petunjuk hidayah lebih daripada mereka,” (al-An’am [6:156-157]).

Pandangan kedua sebenarnya agak selamat untuk dijadikan makanan minda kerana ia bebas daripada kecenderungan pihak bertelagah.

Apabila telagah Musyrikin Quraish dengan Rasulullah SAW berlaku dengan sengit, Allah mencadangkan orang Mekah merujuk pandangan kedua daripada golongan yang mereka kagumi. Benarkah dakwaan wahyu oleh Muhammad ini?

Berikutan itu Allah menurunkan ayat ini:

“Oleh sebab itu, sekiranya engkau berasa ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyalah kepada orang yang membaca kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau jadi daripada golongan yang ragu,” (Yunus [10:94]).

Dalam firman lain Allah turut menyarankan perkara sama:

“Dan Kami tidak utus para rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka tanyalah kamu kepada Ahluzzikri (orang yang mengetahui seperti Ahli Kitab adakah pernah ada para Rasul diutus dalam kalangan malaikat. Mereka pasti menjawab - tidak ada) jika kamu tidak mengetahui. Dan Kami tidak jadikan para rasul itu bertubuh badan yang tidak makan minum, dan mereka pula tidak akan kekal hidup selama-lamanya (di dunia),” (al-Anbiya’ [21:7-8]).


FITRAH MANUSIA


Manusia itu perbagai ragam. Ada yang hatinya lembut senang menerima siraman wahyu, ada pula yang keras bak batu menolak apa sahaja siraman padanya. Untuk itu Allah memberi alternatif agar mereka bertanya pandangan orang lain untuk lebih memahami.

Bak kata, ada yang mudah percaya jika ada orang memberitahunya ada sesuatu melekat pada hidungnya.

Ada pula yang keras kepala tidak mempercayainya sehingga mengatakan individu itu menipu untuk mengejeknya.

Oleh itu, manusia jenis kedua ini memerlukan cermin sebagai ‘pandangan kedua’ untuk membuktikan hidungnya bersih daripada sebarang cacat adalah salah dan temannya itu ikhlas menegur.

Perkara sama patut diamalkan dalam hidup bersosial dan beragama. Bukan semua sudut pandang atau pegangan kita tepat 100 peratus.

Mungkin ada sudut serong pada mata kita lalu perlu ada sudut pandang lurus daripada orang lain.

Mungkin ada kanta mata kita yang kelabu kerana ego menutup kebenaran, lalu kita perlukan suluhan orang lain agar terang keputusan kita.

Begitulah lumrah kehidupan! Beruntunglah orang yang sedia menerima teguran atau nasihat. -utusan

Semoga memberi manfaat.

Tuesday, January 2, 2018

Video Menyedihkan Bapa Hantar Anak Ke Sekolah Lalui Jambatan Uzur

Hari pertama persekolahan seorang kanak-kanak melalui detik cemas apabila terpaksa melalui satu jambatan uzur di Kampung Kampung Pamah Aur, Bukit Betong, Kuala Lipis, Pahang.

Video Menyedihkan Bapa Hantar Anak Ke Sekolah Lalui Jambatan Uzur

Video yang dikongsi ibu kanak-kanak itu di laman sosial Facebook Siti Zaharah telah ditonton lebih 1 juta orang sejak disiarkan beberapa jam sejak dari pagi.

Tiga video itu memaparkan anak Siti Zaharah bersama suaminya melalui satu jambatan uzur untuk menyeberangi sungai yang arusnya deras hingga berjaya ke seberang.

Melalui komen kepada netizen, Siti Zaharah menjelaskan, laluan darat ke sekolah telah dinaiki air akibat banjir di negeri itu.

Status terbaharu Siti Zaharah pada 52 minit lalu memberitahu, seorang wakil rakyat telah berjumpa dengannya dan suami dan satu jambatan baharu akan dibina pada 8 Januari ini.

"Alhamdulilah. YB Haji telah datang sendiri berjumpa dengan suami saya dan menerangkan status jambatan gantung ni, YB kata akan dibina pada 8.1.2018.

"Dengan ini saya megucapkan terima kasih dan memohon maaf kepada YB Haji Wan Rusdi," tulisnya di laman Facebook peribadinya. -kosmo

Menteri Tani Israel Doa Minta Hujan Selepas Kemarau 4 Tahun

TEL AVIV – Ketika Laut Galilee di sempadan Jordan-Israel semakin susut lebih empat tahun lalu, negara haram Zionis itu kini berdepan ancaman kemarau terburuk dalam sejarah modennya.

Menteri Tani Israel Doa Minta Hujan Selepas Kemarau 4 Tahun

Ini memaksa Menteri Pertanian Israel, Uri Ariel memimpin sembahyang khas sambil berdoa memohon hujan turun, bersama-sama dengan sejumlah pemimpin Yahudi di Tembok Ratapan Baitulmaqdis bersebelahan Masjid Al-Aqsa.

Menurut laporan media antarabangsa, langkah tradisional berkenaan terpaksa dilakukan demi meminta bantuan tuhan menurunkan air hujan dari langit dan mengakhiri masalah kekeringan paling kritikal melanda negara itu.

Bencana kemarau sebenarnya sudah melanda Israel sejak tahun 2013 dan menyebabkan negara itu kekurangan bekalan air mentah terutama dari Laut Galilee seluas 167 kilometer persegi yang menjadi sumber utama air tawar.

Turut digelar Kinnereth dalam bahasa Hebrew atau Tiberia dalam bahasa Arab, tasik itu amat dipercayai umat Islam sebagai antara tanda kiamat jika paras turun sehingga kering menyaksikan kedatangan Dajjal dan Yakjuj Makjuj.

Justeru pelbagai cara terpaksa dilakukan Israel demi memastikan tidak berlaku kerana ia bakal disusuli penurunan Nabi Isa AS dari langit dan kemunculan Imam Mahdi sebelum beberapa tanda akhir menjelang bumi dihancurkan.

Ini termasuk memajukan loji penyahmasinan air dari Laut Mediterranean, penanaman pokok makanan di ladang pertanian yang tidak memerlukan banyak air dan kitar semula kumbahan jutaan penduduk negara Zionis tersebut.

Dalam pada itu, Ariel turut melaksanakan dasar pengagihan ke beberapa daerah yang paling parah kekurangan air, tetapi malangnya segala langkah tersebut masih lagi tidak banyak mengubah keadaan bahkan menjadi lebih parah.

Menteri Tani Israel Doa Minta Hujan Selepas Kemarau 4 Tahun
Tasik Galilee semakin kering airnya.

Justeru Ariel, secara kebetulan merupakan penganut ajaran Yahudi Ortodoks, memilih jalan berdoa kepada tuhan sebagai ikhtiar penyelesaian, sekali gus menggemparkan rakyat Israel sendiri khasnya yang berfikiran agak liberal.

“Kami secara signifikan menjimatkan air dan melakukan banyak penyelidikan mengenai cara pembekalan berhemah pada tanaman yang berbeza. Namun, doa turut memberi pengaruh tersendiri,” ulas Ariel dipetik Times of Israel.

Langkah unik Ariel itu bagaimanapun mencetuskan kritikan apabila pelbagai pihak menyatakan seorang menteri Kabinet seharusnya menangani krisis kemarau dengan lebih banyak bertindak proaktif dan bukan sekadar berdoa.

Akhbar terbesar Israel, Yedioth Ahronoth dalam rencana pengarang berkata, “Doa bukan sesuatu yang buruk, tetapi menteri juga harus memiliki kemampuan perancangan untuk mempengaruhi masalah lebih teruk ketika ini.”

Justeru tabloid berbahasa Hebrew diterbitkan sejak 1939 itu menyarankan Israel bersama komuniti global terlibat aktif dalam isu perubahan iklim sejagat berbanding ribuan berdoa di tembok suci. -M

Thursday, August 10, 2017

Fakta Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Ibu Bapa Wajib Tahu

Apa itu HFMD? Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyakit HFMD adalah endemik di Malaysia dan berlaku sepanjang tahun, serta mempunyai tren ’cyclical’ dengan kemuncak setiap tiga tahun.

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Penyakit ini disebabkan oleh beberapa jenis virus dan kebanyakannya adalah ringan ke sederhana sahaja. Walau bagaimanapun jangkitan dengan enterovirus 71 (EV71) boleh menjadi teruk dan boleh membawa kematian.

Bagaimana ia merebak?

Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari.

Tanda-tanda penyakit

Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala 3 demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah.

Kanak-kanak pula boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan.

Namun, hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan perubatan dalam masa tujuh hingga sepuluh hari.

Walau bagaimanapun, menurut KKM, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis. Namun, ianya jarang berlaku.

Langkah berjaga-jaga

Menurut kenyataan KKM, penyakit ini cepat menular di kalangan kanak-kanak, terutamanya di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska atau tadika.

Oleh itu, KKM menasihatkan ibu bapa kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan untuk mengamalkan langkah-langkah seperti berikut.

i. Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/sekolah/taska/tadika/ pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

ii. Membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

iii. Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, dan selepas menyentuh/merawat lepoh

iv. Membersihkan (basmi kuman menggunakan larutan chlorine based) permainan anak serta lantai rumah terutama tandas.

v. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.

vi. Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak-anak yang lain.

Semoga memberi manfaat.

sumber: sentiasapanas

Wednesday, August 2, 2017

Pertandingan Memancing Santai Malam Kolam Kelubaan Kg. Merampong 2017

Kolam Kelubaan Kg. Merampong bakal menganjurkan pertandingan Santai Malam yang akan berlangsung pada 11 Ogos 2017 (Jumaat) bermula pada jam 6.40 petang sehingga 11.10 malam.

Kolam Kelubaan

Para pemancing yang berminat adalah dijemput untuk menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah sebanyak RM2,200 kepada bakal juara.

Hadiah keseluruhan:
  • Juara: RM2,200
  • Naib Juara: RM1,200
  • Ketiga: RM500

Hadiah saguhati:
  • Ke 4-5: RM200
  • Ke 6-10: RM150
  • Ke 11-19: RM100
  • Ke 20: RM120
  • Ke 21-29: RM100
  • Ke 30: RM120
  • Ke 31-39: RM90
  • Ke 40: RM150

Syarat-syarat dan Panduan:
  • Umpan bebas namun tidak dibenar menggunakan umpan yang memudaratkan ikan/organ/haiwan terlarang/darah ikan.
  • Saling menjaga dan menghormati sensitiviti beragama.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi;
  • Kimi 011-1001 3265 (Pacak)
  • Jamil 013-8666 265
  • Mr. Bobolian 014-8754 064
  • Said 012-8135 156

*Pemenang pertandingan akan dikemaskini soira do oilaan pemenang.

Selamat bertanding.

Monday, July 31, 2017

Kampung Merampong Johan Anugerah Desa Perdana (ADP) Negeri Sabah 2017

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada penduduk Kampung Merampong khususnya dan daerah pedalaman Keningau amnya, diatas kejayaan merangkul Johan Anugerah Desa Perdana (ADP) peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2017.

Kg Merampong

Hadiah kemenangan berjumlah RM12,000 disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman sempena Program Sijil Tadbir Urus Desa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Zon Sabah dan Penyam­paian Anugerah Desa Perdana Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, di Kota Kinabalu .

Anugerah Desa Perdana (ADP) merupakan program bagi menyemarakkan pemerkasaan masyarakat di kalangan penduduk kampung dan bertujuan melahirkan masyarakat desa berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan mempunyai disiplin kerja tinggi.

Anugerah ADP ini juga bertujuan untuk menyuburkan lagi semangat patriotisme dan nilai-nilai murni serta memastikan kelestarian dalam aspek sosial dan ekonomi kampung.

Menurut Pengerusi JKKK Kampung Merampong, Hamid Mansari, 54, mereka sentiasa menitikberatkan aspek kerjasama dan perpaduan dalam kalangan penduduk di kampung tersebut yang berjumlah 1,446 orang.

“Kami berharap kejayaan ini da­pat meningkatkan lagi motivasi seluruh penduduk Kampung Merampong untuk terus bersa­ma-sama menjaga kebajikan kam­pung ini,” katanya selepas majlis itu.

Bekas pesara tentera berusia 54 tahun itu menambah kata, pa­ling menarik golongan belia di kampung itu turut menyertai setiap program yang disusun oleh JKKK termasuk menyumbang­kan idea yang bernas.

Bagi Juspuil Setul, 44, penganjuran Anugerah Perdana Desa itu memberi peluang kepada kampung-kampung di se­tiap negeri untuk mengubah aspek pemba­ngunan kampung supaya men­jadi lebih baik terutama dari segi kemudahan prasarana.

“Selain kebersihan dan kecantikan, kami turut memberikan pe­nekanan kepada pembangunan kemudahan setempat seperti membaiki balai raya dan dewan komuniti,” katanya.

Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sinua, Keningau itu berkata, anugerah itu dapat menjadikan kampung-kampung di negeri ini yang dahulunya daif, berubah wajah menjadi kawasan yang le­bih indah.

Rakannya, Azizan Setul, 51, pula berkata, pihaknya turut memperkenalkan carta organisasi di kampung itu yang bertanggungjawab melaksanakan pelbagai tugas masing-masing.

“Kami mewujudkan lapan biro iaitu Pendidikan, Kepimpinan dan Kesetiausahaan, Teknologi Maklumat dan Informasi (ICT), Belia, Patriotik dan Kemasyarakatan, Persatuan, 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Kerjasama) dan Kemudahan Asas,” ujarnya.

Tambahnya, kejayaan itu sebenarnya tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama semua pihak khususnya agensi-agensi kerajaan yang memberikan banyak idea kepada penduduk kampung.

Katanya, antara agensi tersebut ialah Unit Pejabat Pemba­ngunan Masyarakat (UPPM) Ke­ningau, Jabatan Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Tempat kedua dimenangi Kam­pung Sugiang Te­ngah, Te­nom, manakala Kampung Se­ganga, La­had Datu di tempat ketiga de­ngan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM8,000.

Gambar sekitar penyampaian hadiah

Kg Merampong Johan ADP Sabah 2017

Kg Merampong Johan ADP Sabah 2017

Kg Merampong Johan ADP Sabah 2017

Kaedah Penghakiman

Penghakiman dan pemarkahan pertandingan Anugerah Desa Perdana (ADP) dibahagikan kepada 8 aspek utama iaitu;
  1. Patriotisme dan kemasyarakatan
  2. Kepimpinan dan pentadbiran
  3. Pendidikan dan latihan
  4. Ekonomi dan keusahawanan
  5. Pemerkasaan peranan belia
  6. Teknologi maklumat dan komunikasi
  7. Kebersihan, kesihatan dan keceriaan kampung
  8. Pengawasan kemudahan asas kampung

Yang pastinya, kerjasama padu daripada penduduk setempat menjadi ramuan yang membawa kepada kemenangan Kampung Merampong, Keningau dipilih menjuarai Anugerah Desa Perdana Zon Sabah pada tahun 2017.

Anugerah Desa Perdana Peringkat Kebangsaan 2017

Kemuncak kepada Anugerah Desa Perdana tahun 2017 ini juga, sebanyak 23 kampung di seluruh negara meliputi kategori kampung Melayu tradisional, Kampung Orang Asli dan Rumah Panjang akan berentap merebut Anugerah Desa Perdana peringkat kebangsaan dengan penyampaian hadiah anugerah bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 22 Ogos 2017.

Kampung Merampong akan mewakili negeri Sabah dalam pertandingan ini.

Semoga berjaya.

sumber: utusan

Wednesday, July 26, 2017

Kampung Kita Tanggungjawab Bersama

Syabas dan tahniah kepada semua warga Kg.Merampong dimana juga berada atas sokongan dan keprihatinan anda menyumbang idea dalam blog merampong.org , FB merampong buddy , Whatsapp Pisompuruan Kg.Merampong.

Merampong

Kampung Kita Tanggungjawab Bersama.

Sunday, July 23, 2017

Kenali Punca, Simptom Serta Bahaya Penyakit Anjing Gila Dan Rawatannya

Rabies adalah jangkitan virus akut. Rabies terdapat dalam haiwan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Kebanyakan kes jangkitan manusia berlaku di negara-negara membangun.

Penyakit Anjing Gila

Agen penyebab: Virus rabies, sejenis rabdovirus dari genus Lyssavirus

Cara jangkitan: Virus rabies terdapat dalam air liur haiwan dan boleh di jangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka.

Tempoh pengeraman: 3 hingga 8 minggu, seawal-awalnya 9 hari atau selewat-lewatnya 7 tahun.

Di kawasan yang biasa terdapat jangkitan rabies (kawasan endemik), pelawat berisiko mendapat jangkitan jika berhubung kait dengan haiwan liar atau haiwan peliharaan termasuk anjing dan kucing.

Tanda dan Gejala

Rabies adalah sejenis penyakit akut yang menyebabkan radang (inflamasi) pada otak dan korda spina (ensefalomielitis)

Tanda-tanda awal termasuk rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu dan perubahan deria di sekitar tempat gigitan.

Mudah terangsang, berhalusinasi dan berasa takut pada tiup­an angin (aerophobia). Sesetengahnya berasa gerun atau bencikan air (hidrofobia) disebabkan kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan. Pada peringkat seterusnya, pesakit menjadi celaru, mengalami sawan sehingga boleh membawa maut.

Jenis rabies yang dinamakan paralytic rabies (sawan lumpuh) mempunyai tanda dan gejala seperti kehilangan deria, lemah badan, badan berasa sakit, dan lumpuh.

Komplikasi

Sukar bernafas sehingga menyebabkan kematian.

Rawatan

Rawatan selepas terkena gigitan bertujuan untuk mengelakkan jangkitan rabies. Rawat luka dengan segera, basuh luka dengan sabun dan air atau air sahaja. Selepas itu, sapukan etanol (70%) atau tinktur atau larutan iodin akueus atau iodin povidon.

Rawatan khusus

Antirabies Imunoglobulin (RIG) disapukan pada tempat luka dan tisu di sekitarnya.

Beberapa dos vaksin disuntik ke dalam kulit atau ke dalam otot (bergantung kepada jenis vaksin yang digunakan). Dos pertama mesti diberikan seawal mungkin selepas terkena gigitan dan dos terakhir dalam tempoh 28 hari sekiranya disuntik ke dalam otot atau 90 hari sekiranya disuntik ke dalam kulit.

Pencegahan tetanus dan rawatan anti-bakteria (jika diperlukan)
Elakkan menjahit atau menutup luka (kecuali jika tidak dapat dielakkan)

Pencegahan

Vaksinasi di gunakan untuk mencegah dari dijangkiti rabies

Disyorkan untuk: Semua individu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan rabies dan pelawat kawasan endemik yang tidak mempunyai bekalan vaksin rabies.

Jenis vaksin: Vaksin moden (sel dikultur atau telur berembrio)

Bilangan dos: 3 dos, pada hari: 0, 7 dan 21 hingga 28 hari, disuntik ke dalam otot (1ml/dos) atau kulit (0.1ml/dos).

Dos tambahan : Selepas 1 tahun, dan setiap 5 hingga 10 tahun, bergantung kepada risiko pendedahan.

Kontra indikasi: Pernah mendapat kesan buruk yang teruk terhadap vaksin rabies.

Kesan sampingan: Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh.

Sebelum berlepas: Individu yang merancang untuk menginap lama atau melawat kawasan yang terdapat banyak kes rabies (hiperendemik) di negara-negara endemik disyorkan mendapat pencegahan rabies

Langkah berjaga-jaga

Elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik.

Jika seseorang digigit oleh haiwan yang mungkin dijangkiti rabies atau berhubung kait dengan seseorang yang disyaki menghidap rabies, segera bersihkan luka dengan sabun dan air.

Selain itu, segera dapatkan rawatan doktor.

sumber: sentiasapanas

Saturday, July 15, 2017

Temuduga Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Negeri Sabah 22 dan 23 Julai 2017

Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Negeri Sabah 2017 akan diadakan dengan jayanya hasil kerjasama pihak Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Universiti Malaysia Sabah.

SL1M

Penganjuran program kali ini terbuka kepada seluruh graduan dan pencari kerja khususnya yang berada di Sabah dan kawasan-kawasan sekitar.

Program ini diadakan selama dua hari berturut-turut pada 22 dan 23 Julai 2017 bertempat di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menawarkan ribuan peluang pekerjaan dan latihan kepada semua pencari kerja tanpa mengira latar belakang dan peringkat kelulusan.

Sesi temu duga dijalankan secara on the spot oleh pihak syarikat terlibat. Dijangka 10,000 pengunjung akan hadir membanjiri UMS sepanjang program berlangsung.

Selain daripada tawaran peluang pekerjaan oleh syarikat, program ini turut menampilkan selebriti tempatan untuk memberi motivasi serta inspirasi kepada semua graduan dan pencari kerja yang hadir bagi menaikkan lagi semangat dalam diri mereka untuk terus berusaha dalam mencari peluang-peluang pekerjaan yang disediakan.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang Program Temu Duga ini. Antaranya adalah:- Sesi Temu Duga Terbuka untuk semua peringkat kelulusan, Resume Clinic, Career Talk, penampilan istimewa, sesi motivasi dan berhibur bersama selebriti seperti:

(Faizal Tahir, Kumpulan Zero Maharaja Lawak Mega, Jimmy Palikat, Firman dan Farish Aziz) Selainitu, turut diadakan ialah gerai jualan sepert jualan basah, jualan kering, jualan produk asas tani, jualan makanan, kraftangan dan foodtruck serta cabutan bertuah.

SL1M ingin menjemput semua graduan dan pencari kerja serta seluruh rakyat Malaysia untuk hadir merebut peluang yang diberikan ini bagi sama-sama berusaha meningkatkan tahap kebolehpasaran diri dengan mendapatkan peluang pekerjaan dan latihan yang sesuai.

SL1M juga menyeru semua pihak khususnya syarikat swasta untuk sama-sama terlibat dalam membantu para graduan tempatan meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka sekali gus memperbaiki taraf ekonomi graduan dan keluarga. Syarikat yang terlibat akan diberikan Insentif Potongan Cukai Berganda atau Skim HRDF-SL1M dalam usaha menggalakkan lagi penglibatan syarikat swasta dalam program CSR ini.

Program Skim Latihan 1Malaysia atau lebih dikenali sebagai SL1M mula ditubuhkan pada Jun 2011 bagi membantu para graduan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka setelah tamat pengajian. Program SL1M adalah merupakan program kelolaan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang dilaksanakan dengan usaha sama oleh pihak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat swasta yang lain.

Fokus utama program ini adalah para graduan ijazah sarjana muda dan ke atas yang belum mendapat pekerjaan terutamanya yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar.

Setakat ini seramai 120,000 peserta (setakat 31 April 2017) telah dibantu melalui penglibatan secara langsung mahupun tidak langsung dengan Program SL1M

Antara faedah yang diperolehi oleh para graduan melalui latihan kebolehpasaran (soft-skills training & on-the job training) oleh pihak syarikat yang terlibat adalah graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai sektor di seluruh Malaysia.

Selain itu, para graduan akan mendapat latihan kemahiran insaniah (soft-skills-training) dan internship serta elaun bulanan diberikan oleh pihak syarikat, meningkatkan keyakinan diri dan kebolehpasaran para graduan untuk mendapat pekerjaan di syarikat yang memberikan latihan, tertakluk kepada kekosongan jawatan dan prestasi setiap peserta.

Bagi syarikat yang menyertai program ini, kerajaan memperkenalkan beberapa insentif bagi menghargai kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam melaksanakan program ini. Insentif tersebut adalah Insentif Potongan Cukai Berganda (Potongan dua kali melalui kaedah Cukai Pendapatan) serta Skim HRDF-SL1M ( memanfaatkan levi caruman HRDF untuk melaksanakan SL1M).

Manakala faedah program ini kepada syarikat yang terlibat ialah mampu mendapat calon yang berpotensi sebagai pekerja syarikat bagi membantu membangunkan syarikat di masa hadapan.

Penglibatan syarikat dalam program ini juga dapat memberikan imej dan reputasi yang baik kepada pihak syarikat kerana melaksanakan program secara CSR terutamanya apabila berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan. -nst

Pemimpin Setempat Disaran Jadi Ahli PEMADAM - Sairin Karno

KENINGAU: Pemimpin setempat disaran menjadi ahli Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM).

Sairin Karno

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Haji Karno Karno berkata, ini adalah bagi memastikan setiap penyalahgunaan najis dadah dapat diperangi oleh pihak berkuasa dengan ada jalinan kerjasama dan maklumat yang disalurkan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan program cekap dan mesyuarat agung PEMADAM Daerah Keningau bagi tahun 2017 di Dewan Masyarakat.

Katanya, tugas membanteras jenayah najis dadah yang telah diisytiharkan musuh utama negara bukan hanya terletak dibahu pihak berkuasa semata-mata, akan tetapi memerlukan kerjasama semua pihak.

Sairin yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan berkata, usaha ini juga mampu mengurangkan kadar jenayah dadah dengan lebih berkesan dari masa ke masa.

Jelasnya, dengan adanya penglibatan para pemimpin setempat dengan pihak PEMADAM akan menambahkan lagi pelbagai pengetahuan mereka tentang penyalahgunaan najis dadah.

Dalam masa yang sama katanya, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mencegah penyalahgunaan dadah.

Katanya, ibu bapa perlu menyedari dadah sebagai musuh utama negara dan menganggap dadah sebagai ancaman kepada anak mereka.

Terdahulu dalam ucapannya Sairin berkata, selain para pemimpin setempat setiap ketua-ketua jabatan juga perlu melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti PEMADAM dalam usaha memastikan setiap kakitangan awam masing-masing bebas dari penyalahgunaan dadah.

Sementara itu Pegawai Daerah Keningau Haji Yusop Haji Osman berkata, ahli-ahli PEMADAM adalah menjadi mata dan telinga kerajaan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah.

Katanya, ahli-ahli PEMADAM memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah.

“PEMADAM bukan menyeksa tetapi memulihkan penagih agar balik ke pangkal jalan. Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan Sahanif Jamil, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat. -NST

Friday, July 14, 2017

Luqman al-Hakim, Rupanya 'Buruk' Akhlaknya Mulia

Ahli hikmah dari Habsyah (Ethiopia) ini bernama Luqman al-Hakim. Menurut al-Quran, Allah SWT menganugerahkan hikmah kepadanya sehingga beliau digelar Luqman al-Hakim (Luqman yang dianugerahi hikmah).

Luqman al-Hakim

Nama penuhnya ialah Luqman bin Baura. Beliau berketurunan Azar, ayah Nabi Ibrahim as. Dalam Tafsir al-Kasysyaf (karya al-Zamakhsyari), Luqman digambarkan sebagai seorang lelaki yang berkulit sangat hitam dan berwajah buruk dengan bibir yang sangat tebal.

Namun, hati dan akhlaknya tidak seburuk wajahnya. Hatinya amat tulus dan akhlaknya sangat terpuji. Kata-kata hikmah sebagai nasihat selalu keluar daripada bibirnya.

Menurut cerita tradisi Bani Israel, Luqman selalu mengeluarkan kata-kata hikmah (ucapan yang sesuai dengan kebenaran) sehingga akhirnya banyak diketahui masyarakat.

Seseorang pernah bertanya kepadanya, "Bukankah kamu bekas hamba si fulan?"

Luqman menjawab: "Benar."

Orang itu lalu bertanya lagi, "Tetapi apa yang membuat kamu terkenal seperti sekarang?"

Beliau menjawab: "Kekuasaan Allah SWT. Aku selalu berkata benar dan meninggalkan sesuatu yang tidak berfaedah serta selalu menunaikan amanah yang diberikan kepadaku."

Dalam tafsir al-Qurtubi, tertulis bahawa ada tiga orang yang berkulit hitam tetapi sangat terkenal dalam sejarah, iaitu Bilal bin Rabah, Mahja' (hamba Umar bin al-Khattab), dan Luqman al-Hakim.

Ada riwayat yang menyebut bahawa pada suatu hari seseorang terkejut melihat susuk tubuh Luqman yang hitam legam dan berbibir tebal.

Pada waktu itu, Luqman mengatakan, "Sekalipun bibirku ini tebal, tetapi apa yang keluar daripada mulutku adalah kata-kata hikmah. Dan sekalipun kamu terkejut melihat kulitku yang hitam legam, namun hatiku putih bagaikan kaca bersih."

Isteri majikan Luqman pernah marah kepada suaminya. Suaminya lalu mencari juadah (makanan yang lazat) untuk isterinya, kemudian meminta Luqman untuk menyerahkan makanan itu kepada kesayangannya (maksudnya isterinya). Setibanya di rumah, Luqman memberikan juadah itu kepada anjing majikannya, bukan kepada isterinya.

Setelah pulang majikannya bertanya kepada isterinya adakah beliau sudah menerima juadah yang dikirim melalui Luqman.

Isterinya berkata, "Luqman tidak membawa sesuatu pun untukku. Suaminya marah lalu memanggil Luqman.

Luqman menjawab: "Hamba telah memberikan juadah itu kesayangan tuan seperti yang tuan pesan, iaitu anjing tuan."

Luqman menambah, "Anjing itulah yang seharusnya disayangi kerana sekalipun dihina dan disakiti, ia tidak meninggalkan tuan, manakala isteri tuan sebenarnya bukanlah kesayangan tuan kerana beliau sering meminta cerai sekalipun tidak dihina, apalagi dipukul."

Kemuliaan seseorang di hadapan Allah SWT tidak terletak pada keturunannya, tetapi pada ketakwaan dan akhlaknya.

Luqman adalah salah seorang yang bertakwa dan berakhlak mulia. Ketakwaan dan kemuliaan akhlaknya dijadikan teladan dalam al-Quran.

Ketakwaan Luqman kepada Allah SWT ditunjukkannya melalui nasihat kepada anak lelakinya, An'am atau Asykam, misalnya tidak menyekutukan Allah SWT kerana perbuatan itu merupakan kezaliman yang amat besar. (rujuk Luqman: 13)

Kemuliaan akhlaknya ditunjukkan melalui nasihat supaya tidak bersikap sombong dan angkuh kepada sesama manusia (rujuk Luqman: 18) dan perkataan lembut kerana seburuk-buruk suara ialah suara keldai (rujuk Luqman: 19). -SP

Saturday, July 1, 2017

Pertandingan Memancing Kolam Kelubaan, Kg. Merampong Siri 2/2017

Dijemput semua kaki pancing untuk menyertai pertandingan memancing anjuran Kolam Kelubaan (medium game) siri 2/2017.


Tarikh pertandingan pada 15.7.2017 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi sehingga 2.30 petang.

Hadiah utama pertandingan:
  • Juara: RM4,000
  • Naib juara: RM2,000
  • Ketiga: RM1,000

Hadiah saguhati:
  • Ke 4: RM300
  • Ke 5: RM200
  • Ke 6 hingga 10: RM150
  • Ke 11 hingga 38: RM100
  • Ke 39: RM150
  • Ke 40: RM200

Semoga berjaya.

JOHAN PERTANDINGAN


Friday, June 30, 2017

Ucapan Tahniah Majlis Pertunangan Cik Nabilah Sazali

Diucapkan tahniah diatas kelancaran majlis pertunangan anak En. Sazali Ismail dan Isteri Puan Rohaini Hamzah diatas pertunangan anak sulungnya Cik Nabilah Sazali dan tunangnya En. Azamal Ikram.


Semoga hubungan berkekalan sehingga tiba saatnya majlis perkahwinan seperti yang dirancang kedua belah pihak. Amiin..

Tuesday, June 20, 2017

Apa Itu Anugerah Desa Perdana (ADP)?

Anugerah Desa Perdana (ADP) merupakan program bagi menyemarakkan pemerkasaan masyarakat adalam kalangan penduduk kampung dan bertujuan melahirkan masyarakat desa berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan mempunyai disiplin kerja tinggi.

ADP

Penghakiman dan pemarkahan pertandingan dibahagikan kepada 8 aspek utama iaitu; Patriotisme dan kemasyarakatan, Kepimpinan dan pentadbiran, Pendidikan dan latihan, Ekonomi dan keusahawanan, Pemerkasaan peranan belia, Teknologi maklumat dan komunikasi, Kebersihan, kesihatan dan keceriaan kampung serta Pengawasan kemudahan asas kampung.

Kesungguhan JKKK bagi pencalonan ADP ini dilihat sebagai suatu usaha yang terbaik dan mantap demi memastikan JKKK berjaya hingga ke peringkat seterusnya.

Semua kampung di Malaysia secara dasarnya layak menyertai anugerah ini, namun perlu melalui saringan di peringkat daerah oleh panel penilaian.

Ia juga bertujuan untuk menyuburkan lagi semangat patriotisme dan nilai-nilai murni serta memastikan kelestarian dalam aspek sosial dan ekonomi kampung.

Yang pastiny, faktor penentu kejayaan sesebuah kampung, rumah panjang dan institusi masyarakat sangat bergantung kepada kecekapan kepimpinan atau urus tadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Semoga memberi manfaat.

sumber: astroawani

Wednesday, June 14, 2017

IKLANKAN PRODUK ANDA


Sukacita dimaklumkan kepada semua para usahawan sepenuh masa atau secara sambilan, Anda kini boleh mengiklankan Produk atau Perkhidmatan Perniaan anda secara PERCUMA.

Walaubagaimanapun Iklan Percuma ini hanya untuk Para Usahawan Kg.Merampong Sahaja :)
Keterangan lanjut boleh hubungi Biro ICT ,Kg.Merampong En.Jeflee Asri .

Sekian, Harap Maklum.


Biro ICT
Kg.Merampong,Keningau
SABAH

Friday, June 2, 2017

Kelab Latihan Seni Bela Diri Karate Kg. Merampong

Latihan seni bela diri karate Kg. Merampong telah pun ditubuhkan pada 21.9.2014 dan seramai 60 orang belia dan beliawanis yang berdaftar pembelajaran ini adalah percuma semata-mata untuk tujuan memberi latihan jasmani dan memenuhi masa lapang para belia supaya terhindar perkara yang negatif.

karate

Semoga memberi manfaat.