Monday, July 31, 2017

Kampung Merampong Johan Anugerah Desa Perdana (ADP) Negeri Sabah 2017

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada penduduk Kampung Merampong khususnya dan daerah pedalaman Keningau amnya, diatas kejayaan merangkul Johan Anugerah Desa Perdana (ADP) peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2017.

Kg Merampong

Hadiah kemenangan berjumlah RM12,000 disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman sempena Program Sijil Tadbir Urus Desa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Zon Sabah dan Penyam­paian Anugerah Desa Perdana Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, di Kota Kinabalu .

Anugerah Desa Perdana (ADP) merupakan program bagi menyemarakkan pemerkasaan masyarakat di kalangan penduduk kampung dan bertujuan melahirkan masyarakat desa berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan mempunyai disiplin kerja tinggi.

Anugerah ADP ini juga bertujuan untuk menyuburkan lagi semangat patriotisme dan nilai-nilai murni serta memastikan kelestarian dalam aspek sosial dan ekonomi kampung.

Menurut Pengerusi JKKK Kampung Merampong, Hamid Mansari, 54, mereka sentiasa menitikberatkan aspek kerjasama dan perpaduan dalam kalangan penduduk di kampung tersebut yang berjumlah 1,446 orang.

“Kami berharap kejayaan ini da­pat meningkatkan lagi motivasi seluruh penduduk Kampung Merampong untuk terus bersa­ma-sama menjaga kebajikan kam­pung ini,” katanya selepas majlis itu.

Bekas pesara tentera berusia 54 tahun itu menambah kata, pa­ling menarik golongan belia di kampung itu turut menyertai setiap program yang disusun oleh JKKK termasuk menyumbang­kan idea yang bernas.

Bagi Juspuil Setul, 44, penganjuran Anugerah Perdana Desa itu memberi peluang kepada kampung-kampung di se­tiap negeri untuk mengubah aspek pemba­ngunan kampung supaya men­jadi lebih baik terutama dari segi kemudahan prasarana.

“Selain kebersihan dan kecantikan, kami turut memberikan pe­nekanan kepada pembangunan kemudahan setempat seperti membaiki balai raya dan dewan komuniti,” katanya.

Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sinua, Keningau itu berkata, anugerah itu dapat menjadikan kampung-kampung di negeri ini yang dahulunya daif, berubah wajah menjadi kawasan yang le­bih indah.

Rakannya, Azizan Setul, 51, pula berkata, pihaknya turut memperkenalkan carta organisasi di kampung itu yang bertanggungjawab melaksanakan pelbagai tugas masing-masing.

“Kami mewujudkan lapan biro iaitu Pendidikan, Kepimpinan dan Kesetiausahaan, Teknologi Maklumat dan Informasi (ICT), Belia, Patriotik dan Kemasyarakatan, Persatuan, 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Kerjasama) dan Kemudahan Asas,” ujarnya.

Tambahnya, kejayaan itu sebenarnya tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama semua pihak khususnya agensi-agensi kerajaan yang memberikan banyak idea kepada penduduk kampung.

Katanya, antara agensi tersebut ialah Unit Pejabat Pemba­ngunan Masyarakat (UPPM) Ke­ningau, Jabatan Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Tempat kedua dimenangi Kam­pung Sugiang Te­ngah, Te­nom, manakala Kampung Se­ganga, La­had Datu di tempat ketiga de­ngan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM8,000.

Gambar sekitar penyampaian hadiah

Kg Merampong Johan ADP Sabah 2017

Kg Merampong Johan ADP Sabah 2017

Kg Merampong Johan ADP Sabah 2017

Kaedah Penghakiman

Penghakiman dan pemarkahan pertandingan Anugerah Desa Perdana (ADP) dibahagikan kepada 8 aspek utama iaitu;
  1. Patriotisme dan kemasyarakatan
  2. Kepimpinan dan pentadbiran
  3. Pendidikan dan latihan
  4. Ekonomi dan keusahawanan
  5. Pemerkasaan peranan belia
  6. Teknologi maklumat dan komunikasi
  7. Kebersihan, kesihatan dan keceriaan kampung
  8. Pengawasan kemudahan asas kampung

Yang pastinya, kerjasama padu daripada penduduk setempat menjadi ramuan yang membawa kepada kemenangan Kampung Merampong, Keningau dipilih menjuarai Anugerah Desa Perdana Zon Sabah pada tahun 2017.

Anugerah Desa Perdana Peringkat Kebangsaan 2017

Kemuncak kepada Anugerah Desa Perdana tahun 2017 ini juga, sebanyak 23 kampung di seluruh negara meliputi kategori kampung Melayu tradisional, Kampung Orang Asli dan Rumah Panjang akan berentap merebut Anugerah Desa Perdana peringkat kebangsaan dengan penyampaian hadiah anugerah bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 22 Ogos 2017.

Kampung Merampong akan mewakili negeri Sabah dalam pertandingan ini.

Semoga berjaya.

sumber: utusan

Related Posts

Kampung Merampong Johan Anugerah Desa Perdana (ADP) Negeri Sabah 2017
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.