Saturday, July 15, 2017

Temuduga Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Negeri Sabah 22 dan 23 Julai 2017

Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Negeri Sabah 2017 akan diadakan dengan jayanya hasil kerjasama pihak Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Universiti Malaysia Sabah.

SL1M

Penganjuran program kali ini terbuka kepada seluruh graduan dan pencari kerja khususnya yang berada di Sabah dan kawasan-kawasan sekitar.

Program ini diadakan selama dua hari berturut-turut pada 22 dan 23 Julai 2017 bertempat di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menawarkan ribuan peluang pekerjaan dan latihan kepada semua pencari kerja tanpa mengira latar belakang dan peringkat kelulusan.

Sesi temu duga dijalankan secara on the spot oleh pihak syarikat terlibat. Dijangka 10,000 pengunjung akan hadir membanjiri UMS sepanjang program berlangsung.

Selain daripada tawaran peluang pekerjaan oleh syarikat, program ini turut menampilkan selebriti tempatan untuk memberi motivasi serta inspirasi kepada semua graduan dan pencari kerja yang hadir bagi menaikkan lagi semangat dalam diri mereka untuk terus berusaha dalam mencari peluang-peluang pekerjaan yang disediakan.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang Program Temu Duga ini. Antaranya adalah:- Sesi Temu Duga Terbuka untuk semua peringkat kelulusan, Resume Clinic, Career Talk, penampilan istimewa, sesi motivasi dan berhibur bersama selebriti seperti:

(Faizal Tahir, Kumpulan Zero Maharaja Lawak Mega, Jimmy Palikat, Firman dan Farish Aziz) Selainitu, turut diadakan ialah gerai jualan sepert jualan basah, jualan kering, jualan produk asas tani, jualan makanan, kraftangan dan foodtruck serta cabutan bertuah.

SL1M ingin menjemput semua graduan dan pencari kerja serta seluruh rakyat Malaysia untuk hadir merebut peluang yang diberikan ini bagi sama-sama berusaha meningkatkan tahap kebolehpasaran diri dengan mendapatkan peluang pekerjaan dan latihan yang sesuai.

SL1M juga menyeru semua pihak khususnya syarikat swasta untuk sama-sama terlibat dalam membantu para graduan tempatan meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka sekali gus memperbaiki taraf ekonomi graduan dan keluarga. Syarikat yang terlibat akan diberikan Insentif Potongan Cukai Berganda atau Skim HRDF-SL1M dalam usaha menggalakkan lagi penglibatan syarikat swasta dalam program CSR ini.

Program Skim Latihan 1Malaysia atau lebih dikenali sebagai SL1M mula ditubuhkan pada Jun 2011 bagi membantu para graduan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka setelah tamat pengajian. Program SL1M adalah merupakan program kelolaan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang dilaksanakan dengan usaha sama oleh pihak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat swasta yang lain.

Fokus utama program ini adalah para graduan ijazah sarjana muda dan ke atas yang belum mendapat pekerjaan terutamanya yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar.

Setakat ini seramai 120,000 peserta (setakat 31 April 2017) telah dibantu melalui penglibatan secara langsung mahupun tidak langsung dengan Program SL1M

Antara faedah yang diperolehi oleh para graduan melalui latihan kebolehpasaran (soft-skills training & on-the job training) oleh pihak syarikat yang terlibat adalah graduan mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat yang terdiri daripada pelbagai sektor di seluruh Malaysia.

Selain itu, para graduan akan mendapat latihan kemahiran insaniah (soft-skills-training) dan internship serta elaun bulanan diberikan oleh pihak syarikat, meningkatkan keyakinan diri dan kebolehpasaran para graduan untuk mendapat pekerjaan di syarikat yang memberikan latihan, tertakluk kepada kekosongan jawatan dan prestasi setiap peserta.

Bagi syarikat yang menyertai program ini, kerajaan memperkenalkan beberapa insentif bagi menghargai kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam melaksanakan program ini. Insentif tersebut adalah Insentif Potongan Cukai Berganda (Potongan dua kali melalui kaedah Cukai Pendapatan) serta Skim HRDF-SL1M ( memanfaatkan levi caruman HRDF untuk melaksanakan SL1M).

Manakala faedah program ini kepada syarikat yang terlibat ialah mampu mendapat calon yang berpotensi sebagai pekerja syarikat bagi membantu membangunkan syarikat di masa hadapan.

Penglibatan syarikat dalam program ini juga dapat memberikan imej dan reputasi yang baik kepada pihak syarikat kerana melaksanakan program secara CSR terutamanya apabila berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan. -nst

Related Posts

Temuduga Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Negeri Sabah 22 dan 23 Julai 2017
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.