Saturday, July 15, 2017

Pemimpin Setempat Disaran Jadi Ahli PEMADAM - Sairin Karno

KENINGAU: Pemimpin setempat disaran menjadi ahli Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM).

Sairin Karno

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Haji Karno Karno berkata, ini adalah bagi memastikan setiap penyalahgunaan najis dadah dapat diperangi oleh pihak berkuasa dengan ada jalinan kerjasama dan maklumat yang disalurkan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan program cekap dan mesyuarat agung PEMADAM Daerah Keningau bagi tahun 2017 di Dewan Masyarakat.

Katanya, tugas membanteras jenayah najis dadah yang telah diisytiharkan musuh utama negara bukan hanya terletak dibahu pihak berkuasa semata-mata, akan tetapi memerlukan kerjasama semua pihak.

Sairin yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan berkata, usaha ini juga mampu mengurangkan kadar jenayah dadah dengan lebih berkesan dari masa ke masa.

Jelasnya, dengan adanya penglibatan para pemimpin setempat dengan pihak PEMADAM akan menambahkan lagi pelbagai pengetahuan mereka tentang penyalahgunaan najis dadah.

Dalam masa yang sama katanya, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mencegah penyalahgunaan dadah.

Katanya, ibu bapa perlu menyedari dadah sebagai musuh utama negara dan menganggap dadah sebagai ancaman kepada anak mereka.

Terdahulu dalam ucapannya Sairin berkata, selain para pemimpin setempat setiap ketua-ketua jabatan juga perlu melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti PEMADAM dalam usaha memastikan setiap kakitangan awam masing-masing bebas dari penyalahgunaan dadah.

Sementara itu Pegawai Daerah Keningau Haji Yusop Haji Osman berkata, ahli-ahli PEMADAM adalah menjadi mata dan telinga kerajaan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah.

Katanya, ahli-ahli PEMADAM memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah.

“PEMADAM bukan menyeksa tetapi memulihkan penagih agar balik ke pangkal jalan. Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan Sahanif Jamil, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat. -NST

Related Posts

Pemimpin Setempat Disaran Jadi Ahli PEMADAM - Sairin Karno
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.