Thursday, August 15, 2013

'Penceroboh Suluk Gugur Tuntutan Jika Saya Sultan'

RCI SABAH Sultan Mohd Akjan Ali Muhammad yang mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Sabah berkata penceroboh Suluk akan menggugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah jika beliau dilantik sebagai sultannya.

Sultan Mohd Akjan Ali Muhammad

NONEAkjan (kiri) memberitahu suruhanjaya diraja siasatan (RCI) mengenai pendatang di Sabah bahawa jeneral penceroboh tersebut, Agbimuddin Kiram dari kesultanan Sulu, telah bertemu beliau sebelum serangan mereka ke atas Sabah.

"Apabila Datu Agbi datang - pada bulan Februari jika tak silap saya - dia telah merayu kepada saya supaya menjadi Sultan Sabah.

"Saya membuat perjanjian dengan mereka bahawa mereka hendaklah gugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah jika saya menjadi sultan," katanya ketika memberi keterangan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Akjan berkata beliau kemudian memaklumkan perjanjian itu kepada pihak polis tetapi mereka tidak memperdulikannya.

"Untuk menyelamatkan Sabah, saya bersedia untuk menjadi sultan tetapi pegawai polis yang saya beritahu tentang perkara ini tidak memaklumkannya kepada pegawai atasannya," kata Akjan.

Related Posts

'Penceroboh Suluk Gugur Tuntutan Jika Saya Sultan'
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Like the post above? Please subscribe to the latest posts directly via email.