Pada pertengahan tahun 1954, serombongan lapan orang pemimpin masyarakat dari daerah Tambunan telah datang ke daerah Keningau untuk meninjau kawasan tanah baru yang lebih baik.
Rombongan itu telah diketuai oleh Orang Tua (OT) Girong bin Yalantau sebagai orang tua atau ketua kampung bagi Kampung Kumawanan dan OT Umporo bin Kaibai selaku ketua kampung Kampung Tohan.
Turut bersama-sama mereka ialah En. Bokondo bin Utau sebagai wakil Orang tua (WOT) Kampung Kumawanan, Intang bin Bandial, Eting bin Andarau, dan Yadiloh bin Andiau.
Sebelum datang datang ke kawasan tanah baru itu, mereka menumpang di rumah kenalan di Apin-Apin.
Ada antara mereka yang menumpang di rumah kaluarga En. Kontogou dan ada juga yang menumpang di rumah En. Dimal.
Sebelum pergi meninjau keadaan tanah di kawasan baru itu, OT Girong bin Yalantau dan OT Umporo bin Kaibai telah berjumpa orang kaya-kaya (OKK) Anthony @ Undan bin Andulag untuk mendapatkan kebenaran meneroka tanah dimana-mana yang difikirkan sesuai.
Okk Anthony Undan telah menyuruh mereka meneroka tanah yang terletak di antara Kg. Sungoi dengan Kg.Liau Laut.
Kebetulan pada masa itu, kawasan tersebut belum diduduki orang. Selepas itu, OT Girong dan OT Umporo serta anak-anak buahnya pergi membuat tinjaun bagi mengenal pasti kawasan baru yang sesuai untuk diusahakan sebagai sumber rezeki.
Sebaik sahaja memastikan kawasan yang agak baik, mereka pun memohon tanah itu dengan mengisi borang permohonan melalui Jabatan Tanah dan Ukur, Keningau. Tidak lama kemudian mereka pun balik ke Tambunan.
Asal-usul Nama Kampung Merampong
Setengah tahun kemudian pada bulan mei 1955, sebaik sahaja selesai menuai padi, OT Girong bin Yalantau dan OT Umporo bin Kaibai sekali lagi pergi ke daerah Keningau dengan tujuan mahu memulakan kerja-kerja meneroka tanah tanah baru tersebut.
Antara yang turut serta dengan mereka ini, termasuklah Yadiloh bin Andiau, Intang bin Bandial, Eting bin Andaron, Ansamal bin Yati, Adungkir bin Batilan dan Durian bin Guruk.
OT Girong telah pergi ke kampung baru itu dengan meninggalkan Kg. Kumuwanan bersama isterinya, Leniwi dan anak tunggal mereka, En Yassin.
WOT Bokondo bin Utou pula datang bersama anaknya (anak tiri) Yusup bin Lansuk. Sementara itu, yang lain-lainnya pula hanya datang berseorangan.
Semasa mula-mula sampai, mereka tinggal dalam sebuah pondok sementara atau dalam bahasa tempatan (dusun) dipanggil sulap.
Mereka bergotong-royong membina sebuah sulap dibawah sepohon pokok besar yang dipanggil pokok patau(pokok itu terletak di atas tapak tanah milik En. Yadiloh bin Andiau pada hari ini).
Mereka memilih tempat itu kerana terdapat serumpun buluh berdekatan yang merupakan sumber untuk membina atap dan lantai sulap. Di sulap itulah mereka tinggal sementara membersihkan kawasan tanah masing-masing.
Semua peneroka berkenaan telah membersihkan hutan belantara di kawasan tanah pilihan masing-masing.
Setelah siap membersihkannya, mereka menanam tanam-tanaman jenis ubi seperti ubi kayu, ubi manis, ubi keledek selain menanam padi huma.
Beberapa bulan kemudian, OT Girong dan OT Umporo telah berjalan mencari sayur berhampiran dengan tanah mereka.
Apabila tiba di satu kawasan yang berpayan, mereka mendapati sebatang sungai kecil yang mempunyai banyak mata air.
Mata air yang banyak itu menyebabkan tumbuh-tumbuhan jenis pokok paku-pakis di sepanjang anak sungai itu kelihatan seolah sentiasa terapung-apung.
Kedua pemimpin itu merasa hairan dengan apa yang telah mereka lihat. Setelah kembali ke sulap, mereka menceritakan kepada rakan-rakan peneroka yang lain mengenai apa yang telah mereka lihat.
Apabila mendengar cerita yang agak pelik itu, WOT Bokondo Utou mencadangkan supaya tempat baru yang mereka tinggal itu dinamakan Mampung-ampung (bahasa tempatan/dusun) yang membawa maksud terapung-apung.
Beberapa hari kemudian, semasa OT Girong dan OT Umporo berpeluang bertemu dengan OKK Anthony@Undan bin Andulag di Apin-Apin, mereka menceritakan hal berkaitan nama kampung bagi kawasan penempatan baru tersebut.
OKK Anthony Undan yang berperanan sebagai ketua masyarakat di Apin-Apin ketika itu menyatakan bahawa kawasan penempatan baru itu sesuai sekali diberi nama Merampong.
Semenjak dari itu, mereka pun menamakan kawasan penempatan baru mereka itu sebagai Kampung Merampong.

Sejarah Asal-usul Kampung Merampong
4/
5
Oleh
Anonymous